BAHAN-BAHAN :
200gm Biskut Marie
100gm Butter
200ml Whipping Cream
250gm Cream Cheese
150gm Gula Kastor
15gm Gelatine halal
100ml Air
Perisa Oren ( agak-agak ja )
BAHAN UNTUK TOPPING :
- Blueberry topping secukupnya. Terpulang dr anda mau guna topping perisa lain. ( sy guna jem nenas sbb itu ja stok yg ada dlm rumah nih..hehe.. )
- Gula Kastor
- Sedikit air untuk dicampurkan dgn Gelatine 1/2 sudu teh. ( sy letak Gelatine tu lebih sikit sbb topping nmpk cair sikit..sepatutnya topping nmpk likat & mcm jelly-jelly k..so, agak2 la sendiri smpai topping nmpk likat okay.. )
- Buah-buahan ( sy guna buah anggur shj. nmpk simple & senang hias )
CARA-CARA :
- Hancurkan biskut marie hingga lumat. Kemudian campur Butter dalam biskut marie yang telah dilumatkan tadi.
- Gaul biskut marie dgn butter hingga sebati.
- Kemudian sediakan loyang yang telah diletakkan dgn aluminium foil. Masukkan adunan biskut marie yg telah digaul rata dgn butter td ke dalam loyang.
- Ratakan adunan dlm loyang menggunakan tangan dgn cara menekan adunan sehingga rata. ( sblm ratakan tu, sila la bungkus tgn anda m'gunakan plastik..hehe.. ) Pastikan anda menekan adunan ini sehingga rata sbb adunan biskut marie ni m'rupakan tapak ok.. ;)
- Selepas siap, bungkus loyang guna plastik & simpan adunan dlm peti sejuk slma 10 minit..lebih pun blh gak. ( Tujuan utk memastikan tapak kek ni keras sblm masukkan cream cheese )
- Masukkan whipping cream, cream cheese, gula kastor, gelatine, air & perisa oren dlm 1 bekas kemudian pukul bahan-bahan ini sehingga sebati.
- Kemudian keluarkan adunan biskut marie td dr peti sejuk dan tuangkan adunan cheese yg telah siap dipukul ke dalam loyang.
- Ratakan dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk kembali. Biarkan sehingga adunan cheese keras.
CARA-CARA MEMBUAT TOPPING :
- Masukkan blueberry topping, gula kastor.. Masak topping menggunakan kaedah Double Boiler.
- Kemudian masukkan air & Gelatine ke dalam topping yg sedang di masak. ( Bila masukkan air + Gelatine ni, topping akan jadi sperti Jelly-jelly )
- Selepas siap masak, matikan api dan biarkan topping sejuk sekurang-kurangnya slma 5 min.
- Bila adunan cheese telah keras, keluarkan dari peti sejuk dan tuangkan topping yg tlh siap di masak tadi di atas kek. Kemudian hias kek mggunakan anggur. ( mcm gmbar diatas ).. sdh siap, sejukkan kek dlm peti ais.
* okayy..ni 1st try sy buat cheese cake nih..omg! topping tu x cukup likat la..x nmpk mcm jelly pun..cair..sob sob sob~ *
* ok..sepatutnya Topping tu jd mcm ini k..( gmbr hiasan shja ) nmpk likat & mcm jelly kan? pastikan Gelatine tu m'cukupi klu mau topping mcm ni *
* Rasa cheese cake ni sdp gak..walaupun topping cair.. T__T *
p/s : Sediakan pen & kertas utk salin resepi ini..sini x blh copypaste! hee.. ^__^v