Assalamualaikum and Hello peeps! Welcome to my Blog..I am Running Man, Novels, Cupcakes, Photography, Coffee, Rabbit & Pink - LOVER!

Tuesday 12 February 2013

Resepi 1 : 'General Mabuk'



BAHAN-BAHAN :

1 cawan santan (guna yg original. x mau yg segera a.k.a dlm peket tuh)
2 cawan gula
3 cawan tepung
4 biji telur
1 sudu makan ovallete
Pewarna ( guna 2 warna. cth : ungu & pink )
Mangkuk kertas
Acuan cupcake

CARA-CARA :

- Masukkan santan, gula, tepung, telur & ovallete ke dalam 1 bekas, kemudian pukul bahan-bahan hingga sebati.

- Ambil adunan, kemudian bahagikan kepada 3 warna. 1 kaler warna asal iaitu putih.. Pastikan kaler PUTIH lebih bnyk dr 2 kaler yg lain tu.. 2 kaler lg terpulang dr anda (saya guna kaler ungu & pink). Psttt..rujuk gambar di bawah okay! :)

- Masukkan mangkuk kertas ke dalam acuan cupcake.. Kemudian ambil sedikit adunan bewarna putih dan masukkan kedalam acuan. (masukkan setengah shj. jgn bg penuh sbb bila sdh masak, kuih ni akan kembang) - blh tgk gmbar di bwh nnt :)

- Kemudian gunakan sudu saiz kecil untuk meletakkan adunan bewarna ungu & pink di atas adunan yang bewarna putih. Letakkan adunan bewarna di atas sebelah kanan dan kiri. (cth : kaler pink letak sblh kanan & kaler ungu letak sblh kiri) - Tgk cth gmbr di bwh.


- Kemudian kukus sehingga masak. (Pastikan air kukusan mendidih dahulu sblm masukkan aduan ke dalam kukusan)


* Tadaa..yg ni guna kaler lain pulak.. :) *

p/s : kuih ni mmg sdp..rasa lemak2 sbb ada guna santan..lg satu kuih ni pun manis! ;)
selamat mencuba! hehe..
Entry nih mmg x dpt copypaste.. jd klu mau resepi nih, kena sedia kan kertas & pen. pastu salin.. ^_^v



Thanks For Reading! :)

No comments:

Post a Comment

Like?? Feel Free To Drop Ur Comment Here...thanks